29 June, 2016

Hidangan AsiaBarat di Kantan Hotplate

Rasanya selain restoran yang betul betul dekat dengan pantai ataupun memang signature dia adalah makanan laut, mesti menu seafood dia tak berapa menarik hati kita. Terutamanya dalam bulan puasa ni, tekak makin cerewet nak itu lah ini la. Kan? 

Hari ni Jiha nak kongsikan 1 lokasi menarik yang mungkin ramai yang masih belum tahu. Especially yang duduk Kajang. Orang Kajang selalunya kena keluar dari Kajang kalau nak makan makanan sedap. Tapi kali ni tak payah pergi jauh. Makanan sedap ada didepan mata anda.

Kantan Hotplate. Sebuah restoran yang terletak di Jalan Sg Kantan, Kajang, ini sememangnya unik. Masa mula mula sampai Jiha rasa kedai dia biasa je sebab dekorasi kedai dia sama macam kedai kedai lain. Tapi bila dah nampak makanan yang di sajikan, terus terfikir, mana la dorang ni dapat resipi macam ni. Antara yang 



Ini adalah signature dish di Kantan Hotplate. Ikan bakar mandi bak kata owner dia. Ikan ini dibakar bersama sambat yang mereka reka sendiri. Rasa dia manis masam gitu. Memang sedap la untuk tekak Jiha. Atas dia di tabur dengan kacang rangup. kriuk kriuk masa makan. Oh! Jangan lupa perah limau tu. Serious lagi terangkat weh!


Ini pulak adalah lamb grill. Blackpaper sos dia pun lain tau dari yang lain. Mereka buat sendiri sos ni. Jiha rasa juga sikit. Tak makan kambing tapi nak rasa sos dia. Memang terasa black paper tu. Cicah dengan potato wedges tu, memang sedap.


Jiha juga disajikan dengan nasi goreng salmon. Nasi goreng ni sangat pelik. Kenapa pelik? Nasi goreng dia sangat sangat dry. Tapi sedap. Ada rasa butter dan rempah ratus. Di masak dengan salmon yang di potong dadu. Dihias juga dengan salmon dan sayuran. Macam yang korang nampak dalam gambar tu. Nasi goreng Salmon ni di hidangkan bersama sup seafood. Haa! Menarik kan? Sup seafood. Dalam sup tu ada udah sotong semua. Terbaik! Menurut owner tu, dia memang saja combine masakan dari asia dan western sebab dia nak bila pengunjung rasa nak makan makanan unik, terus teringatkan Kantan Hotplate. 



Selain daripada tu, mereka juga sediakan air yang sentiasa akan buat anda tersenyum. Ha! Macam mana tu minum air terus senyum? Nama air ni Kopi Senyum Kantan. Hahaha. Masa owner dia cakap minum air ni nanti mesti senyum, kitorang macam, ye ye je kan? Tapi lepas minum memang muka ada senyum jugaaaa. Sebab unik. Botol dia memang unik dan lain dari biasa. Dan sudah semestinya kopi dia sedap :") (tiba tiba rasa nak pi beli air tu sekarang. Sedapnya)

Mesti ada yang dah terkinja kinja nak tahu dekat mana Kantan Hotplate? Meh dekat sikit, Jiha nak share kan info menarik mengenai Kantan Hotplate. Lepas ni boleh la berbuka dekat sana. 

Lokasi: Sungai Kantan, Kajang (boleh waze ok)
Waktu operasi: 5 petang - 12 malam
Jenis hidangan: Asia & Western
Facebook: Kantan Hotplate
Instagram: Kantan Hotplate 

19 June, 2016

Kerja as Freelance? Seronok Ke?





Hello semua! Rasanya kalau korang baca title pun korang boleh tau apa content yang akan Jiha sembangkan dalam huraian yang seterusnya. Ramai yang tanya, "boleh survive ke dengan income freelance? you should have 1 fix job", kata mereka. Well guys, lemme tell you something. This is, literally based on my personal experience and yes, it's vary from other people. Please don't take it too serious nor assuming this entry as part of a "must do" list. Ok kawan kawan? Jom mulakan. 




Menjadi seorang freelance atau dalam bahasa mudah, bekerja sendiri ni memang ada banyak dugaan. Tak kisah lah korang jadi penulis ke, pemuzik ke, pelukis ke, atau macam macam lagi. Isu yang paling penting adalah isu pendapatan. Jiha tak tahu la kalau parents orang lain, but mine, masa mula-mula Jiha bagi tahu Jiha nak berhenti kerja dan buat freelance job, mereka macam ada 1 pandangan yang "no, you can't. you will not survive" macam tu. But then, parents kita pun sebenarnya dah modern macam kita juga. They do social media and technologies. So why can't they be really open to this kind of issues. Kan? So, Jiha pun mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menerangkan secara perlahan lahan sampailah mereka faham. So once mereka dah faham, ini adalah beberapa langkah yang Jiha lakukan daripada sebelum berhenti sampai la sekarang dah berhenti kerja. Semoga tips ini bermanfaat kepada semua yang membaca. 


Sebelum berhenti kerja:




- Jiha sentiasa pastikan Jiha menabung atau dalam bahasa lain, ada backup plan untuk financial Jiha. Ini paling penting. Kalau youguys tak ada backup plan terutamanya untuk kewangan, then korang suddenly berhenti, korang mungkin akan menyesal selepas berhenti nanti.

- Pastikan income yang anda dapat untuk hasil freelance adalah sama dengan gaji yang anda dapat ketika anda bekerja sekarang. Dan forecast untuk 6 bulan kedepan. Jika income freelance anda dalam masa 6 bulan adalah selari dengan gaji yang anda dapat buat masa sekarang, you are please to go :)

- Bahagikan masa supaya anda sentiasa ada tumpuan yang sama untuk freelance job dan kerja tetap. Ini boleh melatih anda untuk masa depan. Bila anda dah 100% buat freelance, anda mungkin akan dapat banyak kerja dalam 1 masa yang sama. Nak tolak sayang, sebab rezeki kan. So anda nak kaut semua. Tapi bila kaut semua, anda tak pandai bahagikan masa dengan betul. Jawapan dia? Kelaut. Jadi, belajar untuk membiasakan diri anda untuk menjadi multi-tasking.

- Pastikan anda sentiasa ada job in coming yang boleh secure kan poket anda sehingga 6 bulan kedepan. Ini adalah penting untuk memastikan anda mempunyai masa untuk mencari job lain.



Selepas berhenti kerja:



- Mulakan merancang kewangan anda. Bersedia untuk beberapa kemungkinan seperti, payment lambat masuk atau job lambat confirm. Perkara ni sangat biasa sebenarnya


- Tetapkan misi didalam kehidupan anda dan pastikan misi ini dicapai dari masa ke semasa. Ini bagi menggalakkan anda tau apa anda nak buat untuk meningkatkan nama dan memperkenalkan produk anda. 

- Susun jadual anda dengan penuh teliti. Ini akan membantu anda daripada gejala kucar kacir. Itu bahaya. 

- Jangan mudah terpengaruh dengan idealogis manusia lain. Sertiap orang berlainan pendapat. Tetapkan pendirian. Kalau anda tak ada pendirian, anda akan mudah mengalah di separuh jalan. Ini pun bahaya. 

- Sediakan 1 planner untuk anda susun atur jadual anda dan ini juga akan memudahkan anda untuk menyemak aktiviti anda. 

- Most important part, percaya, rezeki Tuhan ada di mana mana sahaja. Selagi anda berpaksikan kepada 1 perkara tu, InsyaAllah kemana mana sahaja anda akan selamat 

Result daripada mempunyai freelance job ni adalah anda akan punyai lebih banyak masa untuk diri anda dan keluarga. Anda adalah bos kepada diri anda sendiri. Best kan? Sebenarnya generasi zaman kini adalah generasi yang gemar bekerja sendiri atau entrepreneur dan freelance. Sebab semua orang mahukan masa untuk berkerja dan bercuti yang balance. Dan hanya dengan bekerja sendiri, anda akan peroleh kemahuan tersebut. 



So, itu sahajalah buat masa ni macam mana Jiha survive dengan income freelance. Soon kalau ada lagi trick lain, Jiha akan tambah untuk tujuan bacaan anda. Terima kasih untuk membaca! See ya! 

17 June, 2016

Classy & Elegan Dengan Koleksi Ekslusif Benang Hijau.

Ramadhan sudah menjengah ke separuh lembaran. Para wanita sudah mula gelisah bila suami buat derk je tanpa menyuarakan idea "jom kita shopping raya?", sedangkan hampir kesemua peniaga di Bangi Sentral sedang sakan memberikan harga menangis dibucu katil., termasuklah Benang Hijau. 


Siapa yang tak familiar dengan Benang Hijau? Sebuah jenama yang memang menghasilkan tudung yang berkualiti tinggi. Jiha ingat lagi masa awal-awal kemunculan Benang Hijau adalah menerusi Facebook je. Jiha pernah jadi Affiliate mereka. Untung woi masa tu. Laku betul. Order masuk non-stop. Semua puji kualiti benang hijau ni. Sampaikan ada yang sekali beli 12 helai terus. Ha, mampo? Lepas dah lama tinggalkan bidang perniagaan online ni, Jiha tau-tau je Benang Hijau dah bukak butik dekat Bangi. 2 lot pula tu. 1 khas untuk tudung, manakala 1 lagi untuk koleksi pakaian. Menakjubkan! Perkembangan yang agak pesat. Dan semalam , mereka telah melancarkan koleksi Ekslusif Lebaran 2016 yang bertempat di Flora Terrace, Kuala Lumpur. 


Fuh! Nampak ekslusif kan kad jemputan mereka ni. Rasa macam VIP betul. Dengan lokasi majlis yang sangat elegan dan penuh dengan bunga bunga yang menarik, sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan runway fashion show.


Bersempena majlis pelancaran semalam, Butik Benang Hijau memperkenalkan sebanyak 20 koleksi pakaian dan tudung bersempena Lebaran 2016. Banyak tu 20. Cukup lah untuk 1 bulan syawal ye dok? Harga bagi tudung adalah bermula dari RM19 sehingga RM79. Range harga untuk pakaian pula bermula dari RM99 sehingga RM249. Masih mampu milik girls. Selain daripada tu, mereka juga melancarkan 2 koleksi ekslusif mereka iaitu, Autumn Tree Dress dan Blossom Sakura Dress yang diinspirasikan daripada 4 musim. 





Fuh! Tengok la 3 model ni menggayakan koleksi terbaru Benang Hijau. Lawa kan? Nampak sangat soft. Dipadankan pula dengan shawl yang flowy gituuu. Nampak classy sangat. Selain daripada lebaran, uguys juga boleh menggayakan koleksi ini di majlis-majlis istimewa ataupun formal. As i said earlier, nampak sangat classy. Serious rasa nak terkam 1. Tapi pengasas Benang Hijau cakap, koleksi mereka masih dalam proses jahitan dan hanya akan siap pada minggu hadapan. Dah boleh la set reminder untuk serbu Benang Hijau next week. Selain dari tu, ada 1 lagi koleksi Benang Hijau yang mendapat perhatian Jiha. 


Huaaaa..Lawanyaaaaa baju ni. Corak dia menampakkan baju ni sangat unik. Tak sabar nak jenguk Butik Benang Hijau next week. Hope ada lah size. Hihu. Anyway, Benang Hijau akan mengeluarkan hampir 10,000 helai bagi setiap koleksi di seluruh Malaysia. Ha, mereka ada 18 outlet tau. Dari utara bawa ke selatan. Timur sentak ke Barat. 1 Malaysia boleh mendapatkan koleksi ekslusif lebaran Benang Hijau ni. 


Selain daripada Koleksi Lebaran 2016, Benang Hijau sekarang sedang galak mengadakan peraduan Ibuku Contest. Boleh menang pakej Umrah! Fuh! Lekaih join. Ajak mak join sekali. Kot rezeki korang mengerjakan Umrah bersama sama kan? 



Untuk sebarang maklumat lanjut / pembelian, anda boleh walk-in ke butik atau layari website mereka iaitu www.benanghijau.com untuk mendapatkan koleksi Benang Hijau dengan harga berpatutan. Selain daripada tu, boleh juga follow sosial media mereka untuk update segera. Jiha akan senaraikan untuk korang supaya memudahkan pembelian korang. 

Instagram: Benang Hijau 

Photo Credit: Benang Hijau

16 June, 2016

D'Arab Station, Lokasi Nasi Arab Pilihan Anda!

Nasi Arab ni sememangnya terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Especially yang jenis kuat makan. Sebab apa Jiha tekankan especially untuk yang memang kuat makan? Sebab kita sedia tahu portion dia banyak mana. Macam Jiha yang makan tak seberapa ni, buat rugi je kalau order sepinggan konon nak makan sorang. Wajib share. Sebab sure takkan habis kalau makan sorang. 



Disebabkan sekarang ni dah nak masuk pertengahan Ramadhan, dan semestinya ramai yang dah mula lemau nak memasak juadah berbuka especially kaum wanita. Ada pula tu bukan lemau tapi dah mula tak tau nak masak apa. Hahaha. Takpe. Jiha nak shore kan 1 kedai yang sememangnya best! Especially buat mereka yang duduk di sekitar Cheras, Kajang, Bangi & seri Kembangan. 



Baru-baru ni Jiha sempat la berkunjung ke d'Arab Station yang terletak di Alam Damai, Cheras untuk juadah berbuka. Memang best! Kenapa jiha cakap best? Sebab konsep makan dia tu. Haaaa

Konsep makan dia dalam dulang macam ni. Ni zaman bila ni last makan dalam dulang macam ni? Kalau ikutkan Jiha, last makan dalam dulang macam ni was masa tadika. Hahaha. Dulu tadika dekat Kampung Baru, KL, situ kan kawasan Minang, Jawa semua. Mereka memang makan dalam talam macam ni. Masa makan dekat D'Arab Station, nampak talam terus, Allahu, teringat masa kecik-kecik makan dalam talam. Berebut dengan kawan kawan. Hahaha. Kids. Ok untuk yang jiha makan ni adalah pakej. Dalam 1 talam ada ayam panggang dan kambing. Pakej ni hanya RM60 tapi percaya tak? boleh makan lebih dari 4 orang. Banyak dik non. Akak tak bohong. Ni Jiha amik setengah sendung je dah kenyang. Sebab mereka gunakan beras basmathi panjang tu. Kan jenis cepat kenyang kalau makan tu. So amik sikit je dah kenyang. 

Selain daripada tu, ada juga kambing golek uols! Haaa. Mana peminat kambing golek ni? Cuba mengaku sikit. Kambing golek dia dah di campurkan dengan sos black paper. dan di potong-potong siap. Korang tinggal ngappp je. Senang kan? 

Selain daripada tu, Roti John dia. Hm tak nak cakap lebih. Roti John dia sedap nauzubillah. Jiha makan 2 ketul. Dalam ada telur. Luar salut telur. tak kedekut telur weh. Sos melimpah. Allah. Ok sambil type ni mengidam dah. Macam mana ni? Ha! Boss restorann pulak asyik dok sua sua. Nak amik lebih takut kang balik kereta senget sebelah pula :(

Nampak 3 menu ni pun dah macam terliur dah. PAdahal ada banyak lagi sebenarnya. Korang boleh walk-in dan bayar untuk pakej. RM50 dewasa, RM25, kanak-kanak. Dan korang akan dapat macam macam. Nasi Arab, kambing, roti john, pencuci mulut dan macam-macam lagi lah. 



So jangan lepaskan peluang untuk merasa keenakkan Nasi Arab yang memang Jiha jamin 100% SEDAP ini di D'Arab Station yang terletak di Alam Damai, Cheras. Jiha akan senaraikan sosial media mereka supaya senang korang nak tengok review ke, menu ke kan. Jangan lupa ajak jiran jiran. Tak baik makan sorang. :P

Facebook: D'Arab Station
Alamat: ALAN DAMAI RAYA 2, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Phone: 03-9108 3331

Untuk yang berada di area Shah Alam, jangan kecewa. Dekat Space U8 pun ada tau! Boleh la lepas ni ajak suami/isteri/anak-anak/mertua/Jiran sekampung mai pakat ramai ramai serbu D'Arab Station


14 June, 2016

#Relationship : Bertunang Ni Menyusahkan lah!

Hidup kita ni sentisa penuh dengan cabaran. Tak kisah la apa jenis atau bentuk cabaran sekalipun. Paling best, bila dah masuk fasa bertunang. Ya. Semua yang bercinta semestinya mahukan hubungan mereka bereterusan ke peringkat yang seterusnya. Dan sebelum melangsungkan perkahwinan, kita akan melalui fasa bertunang.



Paling sadis, ramai pasangan yang bertunang telah dimomokkan dengan khabar angin seperti "bertunang ni darah manis. banyak dugaan" atau "dah bertunang nanti, mesti akan terasa nak jumpa orang lain selain pasangan kita". Well, sejujurnya, dari pengalaman sendiri, betul. Hahahahaha. Bertunang ni adalah fasa di mana kita mempersiapkan diri kita sebelum melangkah ke alam rumahtangga. For sure syaitan akan mencucuk sikit untuk tengok kita ni kuat tak nak mendirikan masjid. Dan semua orang sedia maklum, syaitan paling benci umat Nabi Adam mendirikan masjid. Selagi boleh di cucuk sehingga berpisah, mereka akan lakukan sehabis daya. 


So, hari ni Jiha nak sharekan beberapa pengalaman Jiha sepanjang 11 bulan bertunang dan macam mana Jiha tackle permasalah yang berlaku. Boleh follow kalau rasa sesuai. Boleh tambah cadangan di ruangan komen supaya semua orang boleh baca.


Situasi 1: Pasangan buat endah tak endah je bila berbincang part persiapan.

Aha! Ini perkara biasa yang sering berlaku terutamanya kepada kaum adam. Dorang ni buat derrkk je bila kita tengah excited nak cerita pasal baju kahwin warna apa, tema apa, makan apa, photographer siapa dan sebagainya. Ini selalunya mendatangkan kemarahan kepada kaum wanita sehingga ada tu sampai mengeluarkan statement "awak ni nak kahwin ke tak nak?". Haaaa jaga-jaga lelaki. Perempuan bila dia tengah excited kalau korang ignore, habis ribut satu kawasan.

Solusi 1: Wanita, lelaki ni memang jenis easy going. Bukan dia tak nak berkahwin dengan anda. cuma dia ada banyak lagi perkara lain yang dia nak fikir selain daripada baju warna apa, pose atas pelamin nak muncung itik ke nak tonggek. Perkara paling penting pada dia adalah "mana nak cari duit nak cukupkan duit hantaran ni?" dan juga "rumah kawasan ni sesuai ke eh aku dengan bini aku nak tinggal nanti? jauh ke tak nak pergi kerja?". Nampak tak apa Jiha cuba sampaikan. Mereka lebih memikirkan kedepan dan keselesaan pasangan berbanding wanita. Jadi, sebagai wanita, kita kena lebih memahami pasangan kita. And paling penting, jangan la tanya soalan masa dia baru balik kerja. Dia tengah penat, korang tanya pulak soalan bukan bukan. Tu yang kesudahan dia "dah la! Amik balik cincin awak ni!". Tsk Tsk. Jangan sampai macam tu ok?

Situasi 2: Bila kita nak pergi kursus kahwin? Majlis dah dekat. 

Ini pun selalu terjadi. Jiha ada kawan yang lagi sebulan nak kahwin baruuuu nak pergi kursus kahwin la. Nak isi borang la. Tapi Allah tu Maha Pemurah. Dia mudahkan segala urusan. Isu ni sebenarnya sangat kecil. Tapi bagi sesetengah wanita, ianya sangat besar. Terutama buat mereka yang jenis perfectionist. Semua nak kena siapkan 2-3 bulan awal sebab nanti towards the end, dia dah sibuk nak fikir gubahan hantaran dan sebagainya. Tapi bagi lelaki pulak, lain kesnya. Dorang jenis, "relax la. Banyak masa lagi" "awak ni relax, relax. Dah tinggal 3 bulan dah nak kahwin ni relax apa lagi?" ...dan seterusnya berperang. Darah manis. Pantang salah sorang usik mood, terus kacau sampai ke mak bapak. Hahahaha. Itu sangat mormal ok! Sangat!

Solusi 2: Walau apa pun permasalahan yang melanda, sebolehnya janganlah melibatkan kedua orang tua kita. Kesian mak ayah ni. Sebok nak fikir amik catering mana, khemah nak tempah 10 bijik, usha tok kadi lagi, awak sibuk kacau emosi dorang dengan masalah "Abu ni kan mak..eii geram la Minah. Dia kata relax relax. Wedding ada lagi 3 bulan je ni! Malas la kahwin macam ni". Hahaha. Mak si Minah tu mesti terkebil kebil. Melihat telatah anak, sama macam dia muda dulu. Eh? Cadangan Jiha, jangan mudah melatah. Both lelaki dan perempuan. Kalau sorang dah jadi api, sorang kena jadi air. Kan ke cinta tu maksudnya saling melengkapi. Jiha pernah dengar ada orang cakap, "pasangan kita adalah kekurangan kita. Sebab tu dia jadi pasangan kita. Untuk menjadi sepasang adalah saling melengkapi kekurangan. Kelemahan dia adalah kekuatan kita, dan kelemahan kita adalah kekuatan dia. Itulah yang sebenarnya. Now dah nampak sikit sikit kan? Good! 

Situasi 3: Awak ni makin dekat nak kahwin, makin kedekut eh? 

Hahahaha. Ini real story. Kawan Jiha masa bertunang dulu, dia cakap tunang dia gila kedekut dengan dia. Berkira sangat sangat. Dia stress sampai mengadu dekat kitorang. Dia cakap dah tak macam dulu, tak ada dah makan sedap apa semua. Kitorang kewata je. Mamat tu relax dan sangat tenang walaupun agaknya tunang dia dah berdas das peluru di taburkan atas topik "kedekut".

Solusi 3: Solusi ni applicable untuk semua. Lelaki dan perempuan. It can be both. Kadang jadi dekat perempuan, kadang jadi dekat lelaki. As for my own experience, benda ni jadi dekat Jiha. Jiha jadi berkira sangat sangat. Tapi bukan sebab apa, sebab mereka sedang berjimat. Hey, ingat kahwin ni macam main pondok pondok ke? Nak makan, amik daun kering masukkan dalam periuk lepas tu acah keluarga bahagia makan dan "abang dah kenyang?". Ha bukan macam tu ok. Banyak duit nak pakai. Banyak kegunaan lain nak didahulukan. Sebab tu Jiha berjaya amalkan simpan RM1000 setiap bulan untuk majlis perkahwinan Jiha. Alhamdulillah, habis menyimpan ni sampai sekarang pun masih ada. Untuk si pasangan yang ada partner yang tiba-tiba jadi kedekut masa bertunang ni, bawakkan banyak bersabar. Dia tengah menyimpan untuk hari bahagia korang sebenarnya. Chill dan terus menabung untuk beli kek 5 tingkat ok? Hehehe

Situasi 4: Saya nampak lately ni awak kerap betul bersembang dengan Ali. Apehal?

Ini sebenarnya yang paling ditakuti. Pasangan kita curang. Ali tunang dengan Minah tapi berkawan baik dengan Siti. Leha bertunang dengan Abu tapi berkawan baik dengan Majid. Nampak tak permainan dia. Ramai dah sebenarnya ada pengalaman macam ni. Penghujung dia, once again bergaduh sampai lama tak bertegur sapa. Mak sampai pelik, apehal lah bebudak ni. Bila mak tanya "eh lama si Minah tak datang rumah. Korang gaduh ke?" *Rolling eyes*

Solusi 4: Ini adalah normal. Pasangan yang dah bertunang tiba tiba rasa "eh kenapa dia lagi bagus dari tunang aku? aku dah tersalah pilih ke macam mana?". Sebenarnya tak ada istilah salah pilih. Macam Jiha dah mention dekat atas tadi, semua tu nafsu syaitan. Kan dorang tak nak kita mendirikan masjid. Macam mana nak kawal? Mudah. Busykan diri buat kerja sendiri. Busykan lah diri buat gubahan hantaran ke, kerja apa apa lah asalkan konsentrasi kita tu lari daripada lelaki / wanita selain daripada pasangan kita. Mudah. Cuma anak muda zaman sekarang ni suka rumitkan kisah cinta. Nak jadi ala-ala The Proposal. Hakalah. Kosser!

Situasi 5: Awak dah tak sayang saya ke? 

Jujur, lelaki paling malas nak layan perempuan kalau dia tanya banyak kali soalan macam ni. Tapi bila perempuan, tak dapat jawapan dia nak, ha mula la. Nak jadikan isu tu besar. Cuba tengok balik akar dia kenapa? Sebab dia dah jarang message? Dah jarang berbual dengan awak? Ke apa? Cuba figure out. Selalunya kes macam ni jadi sebab pasangan tu dah tak banyak message atau luangkan masa dengan kita. Itu je sebenarnya.

Solusi 5: Isu sayang tak sayang. Ada masa tak ada masa ni semua zaman budak budak. Tapi bila bercinta semua jadi tak matang. Eleh! Akak dah pernah merasa dik. Akak faham apa yang korang tengah rasa tu. Berbalik pada akar. Kepercayaan. Dia takkan kahwin dengan korang kalau dai tak sayang. Percaya 1 benda tu. Buat apa dia nak habiskan duit sampai RM10,000 untuk seorang perempuan yang dia tak sayang. Tak make sense kan? Jadi jangan lah ragu-ragu sayang. Agitu. Jangan ragu ragu. Keraguan ni adalah akar umbi kepada kegoyahan perhubungan. Ingat tu. 





So itu sahaja buat masa ni. Jiha bagi 5 untuk korang hadam. After all, rezeki, jodoh dan maut tu adalah kerja Allah. Sentiasalah berkomunikasi dengan Allah, minta dipermudahkan dan disenangkan segala urusan perkahwinan. Mendirikan masjid ni banyak pahala dia. Dapatkan keredhaan Allah, ibubapa dan akhir sekali, ia akan berikan ketenangan pada diri sendiri. Ok? Jiha doakan zaman pertunangan korang akan menjadi manis, semanis kurma. Indah, seindah bauan Lavender. All the best! 


*tetibe rindu zaman kekecohan masa bertunang! Suami! Jom re-tunang? hehehe*

12 June, 2016

Terbang Ke Destinasi Pilihan Anda Bersama AirAsia

Sebenarnya Jiha pertama kali beli tiket AirAsia Free Seat ni. Oh tak ni second time. Masa first time beli, Jiha terlepas flight. Nangis tak sudah masa tu. So tahun ini adalah kali ke-2 Jiha menggunakan perkhidmatan Free Seat AirAsia ni. 



Best part dia adalah keterujaan nak mencari tiket paling murah dalam beratur penerbangan dalam satu-satu masa. Dan paling mencabar, dalam 1 masa yang sama juga, ada beratus orang sedang online dan mencari penerbangan yang sama pada waktu yang sama. Sampaikan website AirAsia tadi jem sekejap. Sistem bayaran pun sampai hang, tak parallel dengan website. Mencabar juga nak bercuti je pun!!!!! Mungkin sebab hari ni adalah priority access kepada pemegang account AirAsia BIG. Berapa ramai pula yang ada account AirAsia BIG kot ye pun kan. 

Tapi akhirnya jiha manage untuk membeli tiket penerbangan ke Yogyakarta dengan harga hanya RM68 pergi balik!!!! Terus rasa nak melompat sekejap. Nasib baik suami pun tak kisah. Kalau tak dah nak kena tutup laptop dan sendu di bawah shower. 

Untuk mereka yang tidak mempunyai account AirAsia BIG, jangan risau. Turn korang akan bermula tepat jam 12 malam tanggal 13 June 2016. Masa tu sure jem teruk. So Jiha nak share beberapa tips untuk elakkan kekecewaan semasa membeli tiket percutian anda:
  1. Search semasa orang semua sedang nyenyak tidur. Masa ni trafik website sangat lengang.
  2. Sebelum mulakan pencarian, set siap siap korang nak kemana, date apa. Make sure dah check kalender 2017 ok. Nanti kalau terbeli tiket masa 1st day syawal, mereput la korang kena bebel dengan mak korang.
  3. Mulakan dengan Bismillah. Berdoalah semoga tiket yang korang idamkan hanya serendah RM9.95 sahaja. 
  4. Baca details sebelum membuat pembayaran. Untuk elakkan charge yang mahal, un-tick je luggage extra fees & insurance. 
Dengan ini Jiha sertakan tarikh untuk korang rujuk hari mana korang nak amik cuti untuk beli tiket AirAsia Free Seats ni. 


Carilah dengan bijak. InsyaAllah korang akan jumpa tiket yang korang idamkan. Tarik pembelian bermula dari 13 Jun 2016 & terbanglah bermula dari 4 Januari 2017 - 21 Ogos 2016.


Untuk memudahkan anda, Jiha sertakan juga link terus ke website AirAsia bagi kategori:
  1. AirAsia BIG Member
  2. BIG Prepaid Master Card
  3. AirAsia Go Member

Selamat bercuti kawan-kawan! Kalau terserempak dekat Yogyakarta nanti tegur-tegur lah ok? 

11 June, 2016

Resipi Brownies Nutella Paling Mudah Di Alam Semesta!

Salam Ramadhan semua!! 

Semalam Jiha EXTRA special. Lepas dah masak Nasi Ayam untuk berbuka, mai pulak semagat nak buat Brownies sebab teringin nak buat sendiri. Selalu kalau beli mau kena charge RM40 lebih yang konon ada banyak nutella tapi bila makan rasa ada tak ada rasanyakan. Ha,kali ni Jiha buat Nutella Brownies. Brownies yang memang terasa Nutella dia tanpa perlu tambah gula or serbuk coklat yang lain. Resipi dia pun senang sangat. Sedar tak sedar korang dah habis baca dah entry ni kejap lagi. Yang mana nak share / nak copy resipi, dipersilakan. Jangan lupa credit okeyh? Jom kita mulakan.  


Hasil dia adalah seperti gambar di atas ni. Saja tunjuk hasil dulu. Buat ramai orang utara cakap. Ok. Bahan-bahan yang korang perlukan adalah:

1/2 cawan tepung 
1 1/4 cawan Nutella
2 biji telur 
Badam (ikut citarasa)
Ice cream (ikut la nak perisa apa pun, duit korang. Hihu)

Cara-cara membuat: 
  1. Gaul rata kesemua bahan bahan di atas. 
  2. Ambilkan loyang (ikut la besar mana nak guna loyang tu), sapukan sedikit mentega atau cooking spray (untuk elakkan brownies melekat. Or else awak pakailah non stick pan ok?). 
  3. Masukkan adunan tadi kedalam loyan dan ratakan.
  4. Preheat oven anda dan masukkan adunan ke dalam oven selepas isyarat masukkan berkumandang (eh dah macam azan pulak)
  5. Biarkan adunan masak selama 20 hingga 30 minit. (ini adalah berbeza mengikut over masing-masing ya. Sentiasa check bila perlu untuk elakkan Brownies korang hangus. Ambil garfu dan cucukkan ke dalam adunan. Kalau adunan dah tak melekat dekat garfu means dan masak. ok?)
  6. Selepas siap di masak, hidangkan bersama ice cream kegemaran anda masa dia tengah panas panas tu. EMMMDAP!
NAH! Mudah je kan nak buat Brownies Nutella ni. Sedar tak sedar dah boleh makan dah. 


Macam dalam kes Jiha, Jiha gunakan Vanilla Ice cream yuols. Sedap gila weh! Vanilla Ice Cream tu meleleh didalam kehangatan Brownies tu. Lepas tu adunan rasa nutella, vanilla dan kerangupan Brownies, membangkitkan lagi selera. EM...Dalam fridge ada lagi. Berbuka nanti nak makan lagi la :P

Ok lah, itu sahaja resipi mudah dan malas dari Jiha. Diharapkan agar berguna untuk anda. Selamat berpuasa. Please jangan jilat screen phone atau komputer setelah melihat prono makanan ini. 

(Korang boleh tambah coklat cair kalau nak. Nampak lagi seksi makanan korang tu)


Orang paling bersusah payah teman Mummy dia masak. Sampai kepenatan dan terlentok di pipi atuk adalah Sofea Alyssa. Mekacih sayang :*